apa la nak jadi dengan kitaran haid ummi nie,dari awal tahun sampai ke bulan 4 kitaran haid ummi dalam 30-35 hari jer..last period ummi 14/04..makna nya da 2 bulan period ummi tak kunjung tiba,nak kata pregnant langsung tak da tanda pun,lagipun da test upt 2x result pun negatif..kalau habis bulan nie period tak mau jenguk2 jugak ummi,terpaksa la ummi guna cara kasar..tak nak kerjasama kan..mula la misi ummi gi jumpa doktor nak minta ubat turun darah..buat pertama kali la ummi nak telan ubat macam nie,ntah macam mna la agaknya yer..antara faktor period ummi delay lama macam nie,
1)berat badan ummi da bertambah2,da tahap obesiti agaknya sekarang nie..
2)pola pemakanan yang tak terkawal..suka sangat makan fastfood..
3)malas nak telan epo..haritu doktor da bagi epo nak regularkan period,tapi sejak dua bulan nie memang tak makan langsung sebab bila makan jer jerawat tumbuh dengan jayanya..aish bikin rosak pemandangan wajah ummi jer..
Ya Allah,permudahkan jalan ummi untuk mendapatkan zuriat..ttapkan la darah haid ummi nie tiap2 bulan..
bila period da turun nanti,ummi da plan nak turunkan berat badan,ummi da beli supplement untuk kurus,tinggal tunggu period jer dulu baru bantai,harap2 la serasi dengan badan ummi dan dapat la berat nie berkurang jugak..ummi memang da tekad nak kurus,kalau sebelum nie asyik mulut jer cakap nak kurus tapi usaha tak da,bila kat depan makanan jer bagaikan dunia aku yang punya,selagi makanan kat depan tak habis memang nonstop mulut nie nak mengunyah..so untuk permulaaan usaha ummi nie,nak regularkan dulu period and then nak kuruskan badan..and dah bincang dengan suami,kami nak buat pemekrisaan berdua,mana aci si isteri jer nak pigi berubat sana sini,suami kena check jgk,ummi da gtau bila usia perkahwinan kita da mencecah setahun,kita kena berusaha lebih..alhamdulillah mendapat kerjasama yang baik dari en.suami..pada peringkat permulaan ummi nak buat tvs,suami plak kena buat sperm test..ummi nak sangat buat tvs kot2 ada penyakit kat dalam tu yang tak terduga..sekurang2nya kalo da tau ada penyakit ke bole la start nak ubat,tak payah nak tunggu melarat baru nak ubat..and kalo tak da penyakit ummi akan berusaha bersungguh dengan apa cara skalipun tuk conceive..bahagian suami plak mesti nak tau brapa kuantiti,and mcm mna kualiti sperm suami..so memang banyak usaha yang kami nak buat,tinggal tunggu waktu yang lapang and sesuai..moga Allah permudahkan segalanya buat kami..
coretansempoi~~kelmarin masa kemas2 beg suami terjumpa nota kecil suami,ummi terbaca tulisan suami yang berbentuk doa smpai mengalir air mata nie,en.suami tulis mohon di permudahkan dan di murahkan rezeki untuk mendapat zuriat..